bismillahirrahmanirrahim

berdebar saya mengupdate di sini lantaran ini bukan blog rasmi penulis (propmo ke?). rasanya amat perlu saya khabarkan, bahawa mungkin akan anda lalui lorong2 bicara yang berbunga2, umpama kembang daffodil kuning di Botanical Garden sana. maaflah kalau bicara saya meleret berjela, kerana saya mencintai kesenian bahasa warisan anak bangsa.


hati saya menderu, mungkin akibat sahabat2 yang tak sabar2 menunggu peng-update-an ini, mungkin terdengar nyaring suara roast chicken yang memanggil2 saya untuk menulis di sini, dan mungkin juga urat yang berselirat di buku lali yang membengkak. allahu'akbar!


5, lorne street

dari kejauhan, saya nampak sahabat2 kumpulan saya menderu menuju ke rumah bernombor 5, Lorne Street. itulah markas kami pagi sabtu lepas, teratak kasih sayang Kak Neri dan Dr Jas (kredit untuk Cik Wan ni).

menu kami hari itu;


roast chicken
salad
gravy
lemonade (resepi Kak Bye)



kami sama2 bertungkuslumus pagi itu. menumbuk garlic dan bermain Wii juga. hehehe.





sudoku?




Kak Neri amat komited menjadi mentor. menunjukkan kami langkah2 penyediaan bahan, juga pembakaran ayam dengan penuh dedikasi. dan saya kira, mentor kesayangan kami ni harus diberi award mentor terbaik lah. hehe.

syukran jazilan
saya secara peribadi memuji usaha pengarah NICE, barisan mentor juga warga Belfast yang menyambut baik usaha murni program ini.


agar Allah memberi balasan kepada setiap orang terhadap apa yang dia usahakan. sugguh, Allah Mahacepat perhitunganNya. (Ibrahim 14;51)

memasak, memasak juga. ukhuwah itu, dimurnikan bersama!





NB; episod memasak seterusnya...tunggu.