In:

Resepi Tiramisu~

Assalamualaikum wbt pengunjung2 yg dirahmati Allah swt sekalian!..;D Saya, Atiqah sesaje nk update blog NICE yg dah lama menyepi ni.. Bolehlah letak resepi Tiramisu ye?~ incase klau ada sesapa yg blum tahu cara nak buat (lagi2 yg first year) dan tetibe terasa nak mncuba sndiri, bolehlah rujuk di sini! =)


Tiramisu yg sdap.. yummy!!
Bahan2nya ;

5 biji telur
250 g gula
500 g Italian Mascarpone
250 g Italian Ricotta
Biskut "rich tea"
Coffee/Nescafe/Hot Choc



Cara2nya..

Adunan A

- 5 kuning telur + 250 g gula
- tambah 500 g Mascarpone
- tambah 250 g Ricotta

Dgn mggunakan mixer, kacau sehingga rata

Adunan B


5 putih telur - kacau sehingga kembang

A + B

Kacau sehingga jadi cam kt bwh ni~ ;)


Seterusnya, biskut 'Rich Tea' dicelup dgn air Coffee/Nescafe/Hot Choc (tak kisah apa2 pun, asalkan mmberi rasa) dan disusun sperti dlm gambar2 di bwh~



Tuangkan adunan A + B tadi.. kemudian diselang-seli dgn susunan biskut..




Kat lapisan atas skali, boleh gaks klau nk tabur serbuk chocolate, terpulang mengikut kekreativitian masing2.. Kemudian bolehlah disejukkan dlm peti sejuk selama beberapa jam.. Siap!! Snang kan? ;D


Grup NICE kami di rumah sy~Sempat juga kami blaja buat Cream Caramel.. Jika ada sesapa nk resepi sila bgtahu ye


Hari Ukhwah

Ayam Masak Merah Special~ ;p
hiasan yg mantap drp Ili



Tiramisu yg brjaya mnambat hati juri~ =p


Grup NICE.. Moga ukhwah kita tetap NICE selama-lamanya..=)


Ingin sy ambil ksempatan ini utk mngucapkan jutaan terima kasih kpd mentor dan ahli2 grup NICE ku yg memang nice belaka..;) Ampun maaf jika tersalah silap.. Tak lupa juga penganjur NICE!~ Tahniah kpd semua group dan juga Pemenang NICE, Grup Kak Neri! =) Nanti bolehlah share2 resepi Melting Choc Pudding n Yorkshire Pudding ya.. Grup lain juga, jgn lupa share! ;D

*memasak sekencang ukhwah*

NICE~ (^_~)

Wassalam wbt..

In:

Khabar dari meja penganjur

2nd rotation..cheese cakes??nyummy!!


Alhamdulilah syukur ke hadrat Illahi kerana masih boleh sedut udara segar di bumi Belfast ini. Rasanya agak lama penganjur tidak ber'NICE' dengan blog ini..

Pertama sekali, syukur dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga Belfast yang turut sama membantu mejayakan program NICE ini..kalau nak diharapkan pada idea saja belum cukup rsanya.. Saya juga memohon maaf kerana NICE 2nd rotation terpaksa diawalkan kerana memberi laluan kepada Tsaqafah QMC...

Melihat kepada update dari setiap group sahaja sudah nampak semangat waja dari setiap kumpulan..Tahniah kepada semua..
Sememangnya, kami kagum dengan bakat-bakat terpendam oleh warga-warga QMC nieyh...cayalah korang!!!

Semoga dengan adanya aktiviti NICE ini semua dapat berkenalan di antara satu sama lain dengan lebih rapat. hehe..saya suka dengan kata-kata dari Wal, Exco Penerbitan QMC kita..

"NICE, mengenali namanye saje dah NICE,
Menjayakan aktivitinya juga NICE,
Mengenali aktivitinya juga NICE,
Membuat sesuatu sentiasa mahukan yang ter'NICE',
dan segalanya NICE apabila kerana-Nya"

Tak lupe juger kepada term terbaru Atykah..."memasak sekencang Ukhwwah"..Wow!! Moto baru kah??

Sedapnyer kek batik ini.. teringat kat Sya plaks =p

Rasanya selepas pertandingan akhir NICE iaitu ketika Hari Ukhhwah, semua kumpulan boleh kongsi rahsia-rahsia resipi korang untuk dicuba oleh sahabat-sahabat yang lain juga

Salam NICE

Akma NICE & Farah NICE


In:

Sentiasa NICE~

Assalamualaikum wbt warga QMC Belfast yg dirahmati Allah sekalian.. ;D

Di sini saya, Atiqah wakil drp kumpulan kami (alamaks, kami x smpat nk bincang nk nama apa utk kumpulan~hik3) ingin membentangkan hasil kerja kumpulan kami pada Sabtu yg lalu.. Alhamdulillah, NICE rotation pertama telah selesai dan saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kpd semua atas kerjasama dan semangat yg membara!!..soooo NICE!!~ (^_~)

Masakan yg menjadi pilihan Mentor kami (Kak Zila) ialah RENDANG AYAM dan AYAM MASAK MERAH.. oh, kami sungguh gadis2 melayu!! ;D Selepas masak, Kak Zila minta kami memilih antara dua lauk ni utk dijadikan menu utama dlm pertandingan di Hari Ukhwah kelak.. Tapi masalahnya, dua2 sedappppp bangattt.. Bezanya cuma rendang mengambil masa yg lama utk dimasak manakala masak merah sekejap je.. Kami x tahu mahu pilih yg mana 1~ huhu (sbb dua2 lauk masyaAllah, lazatnya..!!)

Di bwh ialah cebisan gambar2 yg menggambarkan tragedi pada Sabtu lalu..


kerja pertama ; memotong ayam (practice utk bekerja di Tipaza)


bersama mentor kami, Kak Zila yg menurunkan ilmu2 rahsia memasaknya ;)


bahan2 utk Rendang Ayam ; bwg, cili kering, lengkuas, halia, serai


gaya seorang chef menuang hasil blender ke dlm kuali


Creamed Coconut menggantikan Kerisik Kelapa utk rendang.. ILI dgn tgnnya berkata, "Best!! Rugi x cuba~"


Hampir siap


bahan2 utk Ayam Masak Merah Special pula ; Bwg, cili kering, halia, serai, sos tomato, tomato, dan daun2 seperti di atas sbg penyedap ;)


Sudah siap~ Rendang ayam SPECIAL - tanpa daun kunyit namun tetap special, insyaAllah ;)


dan Ayam Masak Merah yg juga SPECIAL~

Tamatlah sudah cerita kami.. Kami x smpat nk amik gamba ramai2 as a grup sbb semuanya sgt semangat memasak tanpa memakai tudung.. hek3.. Millon2 thanks to Kak Zila selaku mentor, Kak Izy selaku Ketua dan Tuan rumah yg sudi menumpangkan dapur, Kak Aida, Kak Intan, Kak Hajar, Kak Zilal, Ily, tak lupa juga penganjur NICE, JZKK semua!~ ;D
Wassalam wbt..

*Memasak sekencang Ukhwah*

NICE!!~ (^_~)

In:

roast chicken yang terunggul

bismillahirrahmanirrahim

berdebar saya mengupdate di sini lantaran ini bukan blog rasmi penulis (propmo ke?). rasanya amat perlu saya khabarkan, bahawa mungkin akan anda lalui lorong2 bicara yang berbunga2, umpama kembang daffodil kuning di Botanical Garden sana. maaflah kalau bicara saya meleret berjela, kerana saya mencintai kesenian bahasa warisan anak bangsa.


hati saya menderu, mungkin akibat sahabat2 yang tak sabar2 menunggu peng-update-an ini, mungkin terdengar nyaring suara roast chicken yang memanggil2 saya untuk menulis di sini, dan mungkin juga urat yang berselirat di buku lali yang membengkak. allahu'akbar!


5, lorne street

dari kejauhan, saya nampak sahabat2 kumpulan saya menderu menuju ke rumah bernombor 5, Lorne Street. itulah markas kami pagi sabtu lepas, teratak kasih sayang Kak Neri dan Dr Jas (kredit untuk Cik Wan ni).

menu kami hari itu;


roast chicken
salad
gravy
lemonade (resepi Kak Bye)



kami sama2 bertungkuslumus pagi itu. menumbuk garlic dan bermain Wii juga. hehehe.





sudoku?




Kak Neri amat komited menjadi mentor. menunjukkan kami langkah2 penyediaan bahan, juga pembakaran ayam dengan penuh dedikasi. dan saya kira, mentor kesayangan kami ni harus diberi award mentor terbaik lah. hehe.

syukran jazilan
saya secara peribadi memuji usaha pengarah NICE, barisan mentor juga warga Belfast yang menyambut baik usaha murni program ini.


agar Allah memberi balasan kepada setiap orang terhadap apa yang dia usahakan. sugguh, Allah Mahacepat perhitunganNya. (Ibrahim 14;51)

memasak, memasak juga. ukhuwah itu, dimurnikan bersama!





NB; episod memasak seterusnya...tunggu.

In:

memang NICE (",)

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah, first round NICE berjaya dilaksanakan semalam... segalanya memang NICE!!! heheh..
setelah dipertanggungjawabkan untuk mengupdate blog nie, maka saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan:

  • thanks kepada penganjur NICE yang sememangnya sentiasa NICE.. :)
  • terima kasih kepada mentor group kami, kak hani.. juga memang NICE.. :)
  • syukron kepada teammates kami yang NICE menjalankan kerja masing2.. =)
hmmm.... kenape group lain x update lagi?? huhuhu..tape2... memandangkan saya masih terasa haba2 keNICEan itu, maka saya mengupdate blog nie untuk menceritakan pasal group kami..
yang dinamakan sebagai PERMATA TIMUR... wah.. memang NICE... ~isk..knp byk kali sebut nice nie??? ~

menu utama adalah ayam.. sungguh terkejut melihat ayam yang dibawa oleh kak hani..
besar!!! cam ayam kat msia.. nanti kita tgk ek, besar mane ayam yg dimaksudkan.. :) ayam besar nie, dibersih2, dicucuk2 dan dimandi2kan dengan mandian yang kami reka sendiri..
hehehehe...kesudahannye, masuk dalam tab yang bersuhu 250 degree kalo x silap... (",)
starter kami pula adalah masakan yang berasal dr thailand.. tapi telah dimelayukan..
namanye??? basically, tomyam bersantan..tapi.... its real name is.... biarlah rahsia sebab it is *SECRET N NOT AVAILABLE* yet... hehehe....

these are the pictures untuk tatapan bersama.. @ sharing is caring @



tom yam yang telah dimelayukan..

ayam yang siap dilumurkan dgn "shower foamnye"

ready nak masuk dlm bath tab bersuhu 250degree


teammates yang ceria n NICE...


sekian dari kami...

NICE and always NICE... *smile*


In:

NICE in progress part 1


Be Alert please!!!



Untuk Acik-acik Belfast sekalian, selamat NICE bukan kalian!!masak sedap-sedap no..untuk kak hanie, kak zila, kak neri dan kak linda, ajarlah dengan penuh kasih-sayang!!tema ciptaan hasil dari tarbiyyah kak hanie..heheh!!


~ibu, masak dengan penuh kasih-sayang ok bu!!bawak balik rumah sikit tomyam bersantan tu..heheh~
[kata adam kepada Kak Hanie..hehe]


venue NICE rotation kali ini,


Group Kak Hanie
The NICE and only Tates Avenue..=)


Group Kak Linda
Rumah Kak Tom and the Vogue team!!


Group Kak Zila
Rumah Gadis-gadis Ayu Melrose..owh bukan rumah doktor first year tu!!hehe..rumah Kak Nik, ratu HELWA kita..=)


Group Kak Neri
Bait Kak Noraini..erks, sape kak noraini ni??hehhe..Rumah Kak Neri sendiri ler..yez!!



~ummi akiff join group mane ni??ummi, nak NICE-NICE jugak!!~
[kata akiff kepada Kak Lyda..hehe]

Salam berukhwah dan berkasih sayang..selamat bertandang dan berjaulah buat yang tidak pernah ke rumah berkenaan..hehe!!inilah masanya untuk mengisi kalendar jaulah kita, insyaALLAH..nantikan update dari setiap group NICE..jangan lupa tangkap gambaq naaa..=)

Salam NICE dari kami..Farah NICE dan Akma NICE!!

In:

Salam Maulidur Rasul


Pihak penganjur ingin mengucapkan

salam Maulidur Rasul

kepada semua warga QMC

12 Rabiul awal 1430H
bersamaan
9 Mac 2009


penganjur NICE