Dari meja penganjur
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..
Berikut adalah sedikit info yang perlu diambil tahu oleh setiap muslimat NICE Belfast..hehe~
Dengan dukacitanya dimaklumkan, kami selaku penganjur NICE memohon maaf kerana aktiviti pertama NICE tidak dapat dimulakan pada 28hb Februari ini iaitu minggu hadapan atas sebab beberapa mentor NICE mempunyai komitmen lain pada hari berkenaan. Oleh itu, sesi belajar NICE akan bermula pada 14hb Mac 2009 dan sesi kedua akan mengambil tarikh 28hb Mac 2009. Diharap semua muslimat peka akan tarikh-tarikh “just nice” ini.
Kumpulan NICE dan mentor
Seperti yang telah dipaparkan di bahagian emel ini sebelumnya, setiap kumpulan NICE akan ada seorang mentor tersendiri. Ahli kumpulan akan belajar bersama mentor yang satu ini sahaja. Di Hari Ukhwah pula, kumpulan inilah yang akan berentap di peringkat akhir nanti dan bukannya ahli-ahli rumah seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Atas kesulitan masa dan keadaan kami telah merombak kembali perjalanan aktiviti ini. Maaf sekiranya menimbulkan sedikit kekeliruan di kalangan peserta-peserta NICE. Maka mohon abaikan emel-emel sebelum ini.
Postgrade dan Ibu-ibu
Bagi postgrade dan ibu-ibu yang berminat untuk menyertai aktiviti ini bolehlah menghubungi kami, Akma dan Farahin. Nanti kita bincang tindakan selanjutnya.
Ketua Kumpulan
Setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang ketua. Seperti yang terdapat dalam senarai nama kumpulan NICE di emel sebelumnya, pihak kami mencadangkan kakak-kakak 4th year untuk menjadi pemimpin bagi setiap kumpulan dalam memastikan perancangan teratur. Namun sekiranya terdapat bantahan atau apa-apa cadangan lain bolehlah dibincangkan bersama ahli kumpulan. Nama berkenaan adalah sekadar cadangan.
Namun begitu, untuk perbincangan pertama ini, kakak-kakak 4th year bolehlah mengumpulkan semua ahli dahulu untuk berbincang buat pertama kalinya nanti. Masukkan agenda lantikan semula ketua kumpulan sekali jika perlu. Hehe.
Mentor dan Menu
Setiap kumpulan akan berhubung dengan mentor masing-masing untuk memilih menu yang hendak dibelajar dan dipertandingkan di Hari Ukhwah nanti. Sila hubungi mereka di talian di bawah atau menggunakan medium komunikasi yang lain juga boleh.
Terdapat 3 kategori menu iaitu menu utama ayam sebagai lauk, kuih-muih dan pencuci mulut(dessert) yang akan diajar oleh mentor kumpulan masing-masing. Berbincanglah dengan mentor dalam hal resepi dan bahan-bahan yang hendak dibeli. Boleh juga dicadangkan kepada mentor resepi yang menarik, namun ini semua adalah atas budi bicara dalam kumpulan bersama mentor. Ini adalah cabaran buat mentor, bolehkah mengajar resepi yang anak didik syorkan? Hehe.
Lokasi belajar
Hal ini juga boleh dibincangkan bersama mentor sama ada mahu mengadakan sesi belajar di rumah anak didik atau rumah mentor sendiri. Namun, tidaklah banyak lokasi yang digunakan, hanya menggunakan 2 rumah sahaja, InsyaALLAH. Berkenaan masa NICE, boleh rujuk jadual di bawah.
*sekadar cadangan, tertakluk kepada kesuaian masa mentor dan ahli
**tertakluk kepada perubahan
Kos bahan masakan
Untuk sesi belajar, moleklah sekiranya ahli kumpulan bersatu dalam mengumpul dana kerana hasil masakan akan dinikmati bersama ahli dalam kumpulan dan mentor juga nanti. Just NICE, kan??Cadangan dari pihak kami, kumpullah GBP3 setiap seorang. Tapi kalau rasa macam resepi-resepi tersebut memerlukan banyak peruntukkan, bolehlah dirunding lagi dananya bersama ahli kumpulan.
Untuk sesi pertandingan akhir pula, pihak kami akan mengikuti perkembangan belanjawan yang digunakan oleh setiap kumpulan. Sekiranya terlalu banyak wang digunakan, kami akan berusaha untuk meminta sedikit peruntukan dari pihak QMC bagi meringankan beban semua ahli.
Pertandingan akhir
Disebabkan Hari Ukhwah akan bermula pada pukul 9.00 pagi 5hb April berkenaan, setiap kumpulan akan menghadapi sedikit masalah dalam penyiapan menu memandangkan ahli kumpulan tinggal di rumah berasingan. Makanya di sini, kalian bolehlah merancang dengan baiknya bagaimana untuk menghadapi masalah ini. Di sinilah kami melihat peranan berukhwah sesame ahli kumpulan. Hehe.
Matlamat NICE
Memandangkan banyak perkara yang melibatkan penglibatan diri dalam kumpulan, kami selaku penganjur NICE berharap agar matlamat NICE iaitu kemanisan dalam berukhwah mampu dipupuk dengan nikmatnya antara ahli dalam kumpulan. Ameen.
Semoga penganjuran aktiviti ini dapat dilakukan dengan sebaiknya.
Salam NICE dari kami. BerNICElah dengan penuh kasih-sayang! Anggaplah ini bukan hanya sekadar aktiviti semata-mata, namun ianya adalah lebih dari itu. Bertepatan dengan hari yang ditunggu, Hari Ukhwah. InsyaALLAH. sehingga bertemu dalam lembaran seterusnya.
Terima kasih kepada semua warga Belfast yang sudi menyokong program ini. Sehingga bertemu dalam lembaran seterusnya.
wassalam
penganjur NICE
"Di antara ciri-ciri kebahagiaan dan kemenangan seorang hamba adalah:
Bila ilmu pengetahuannya bertambah, bertambah pula kerendahan hati dan kasih sayangnya"
[belajar memasak juga ilmu!!]
This entry was posted on 14:55 You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
0 comments:
Post a Comment